Mrs UmmuNisa Story




Tips hilangkan stress
Rabu, 7 Disember 2011 6:18 PG 0 Atashinci(s)


 Hey Semua mesti pernah alami stress kan? Tak kiralah stress sebab kerja, sebab belajar ataupun tekanan dari orang sekeliling. Yang pasti setiap manusia mesti pernah mengalami stress. Di sini ummu ingin berkongsi tips-tips yang sangat berguna jika stress. 

  Tips-tips yang akan diberikan ini ialah tips-tips yang semua orang guna. Dan tips-tips ini juga biasa dilakukan oleh ummu. Harap dengan tips-tips ini korang dapat kurangkan korang punya stress yer.

1 ~ Ialah tidurlah dahulu. Apabila kita tidur, otak kita akan berehat dan akan berasa lebih tenang. Apabila otak kita tenang, kita akan dapat ketenangan apabila kita bangun tidur nanti. Teknik ini ummu biasa sangat buat. Bila ummu stress jer, mesti tidur.


     2 ~ Ialah menyanyi sepuas hati. Tak kiralah nak nyanyi lagu rock ke, balada ke, nyanyi lagu Nash ke, asalkan hati puas. Melalui cara ini, korang akan rasa seronok dan stress korang akan hilang. Kalau tak hilang jugak, buat cara lain pulak. Teknik ni biasanya ummu buat masa rumah ummu tiada orang. Dan biasanya ummu akan nyanyi lagu-lagu nyanyian STACY .

     3 ~ ialah berjumpa kawan rapat. Kongsikan masalah yang membuatkan korang stress kat kawan korang tu. Mesti hati korang akan lebih tenang. ummu biasa kongsikan masalah ummu kat BFF ummu . Dialah tempat ummu meluahkan perasaan. Tapi pastikan kawan korang tu kawan yang boleh dipercayai.

     4 ~ ialah bermain permainan video kesukaan korang. Mesti bila dah main permainan video, stress yang kita hadapi akan hilang. Maklumla main game. Lumrah manusiakan, lumrah manusia, bila dapat game mesti tak ingat dunia. Macam ummu juga . Tapi kalau korang yang tak minat game. kita gne tip laen plak yer.

     5 ~ Tips yang kelima dan terakhir ialah ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat. Teknik ini paling berkesan dan disarankan oleh ustazah ummu. Apabila kita solat, hati kita akan lebih tenang dan stress yang kita hadapi akan hilang.

     Kesimpulannya, memang banyak cara untuk hilangkan stress. Apabila stress, kita patut menanganinya. Lima tips di atas ni jew yang ummu bolah bgi . tapi kalau korang ada tips sndiri xyah la ikut tips ummu nip yer :))

De Owner(s)



Plize Be Nice Here :)

Updates : Hope you like my first skin ~

Credits ;

The Skin By : Mrs Af
Basecode : Pieqah
Edited : Ummu Nisa

All rights reserved ® Ummu Nisa 2012.